LAMPIRAN 1

A.

Surat dari Pengurus Besar Nahdatul Ulama Mengenai Keputusan Syura NU Tentang Aqidah Darul Arqam

Bismillahirrahmanirrahim,

Pengurus Besar Syuriyah Nahdatul Ulama dalam perte­muan tanggal 6 Rabiul Awal 1415H atau bertepatan dengan tanggal 12 Agustus 1994, yang diikuti Rais Syuriyah PBNU dan Rais Syuriyah PWNU Se-Jawa untuk membahas tentang aqidah Darul Arqam, setelah memperhatikan:

1. Seruan Bapak Presiden yang menyatakan agar masyarakat mengembangkan kesejukan dalam beragama dan bersikap arif dalam menghadapi masalah keagamaan.

2. Keputusan Silaturrahmi Nasional Majelis Ulama Indonesia tanggal 16 Juli 1994 di Pekanbaru, Riau.

3. Penjelasan dari pimpinan Darul Arqam dalam pertemuan dengan Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama, tang­gal 12 Agustus 1994.

4. Pandangan peserta rapat PB Syuriyah Nahdlatul Ulama, ber­pendapat sebagai berikut:
i. Bahwa aqidah yang dianut Darul Arqam adalah Islam yang berhaluan Ahlussunnah wal Jamaah, dalam tau­hid­nya mengikuti Imam Asya’ari dan Maturidi, dalam fekah mengikut mazhab Syafi’i dan dalam tasawuf mengikut Imam Ghazali. Paham tersebut merupakan paham yang dianut oleh sebagian besar umat Islam di Indonesia.
ii. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi ber­temu dengan Rasulullah dalam keadaan jaga tidak dapat dikatakan sesat kerana sebagian ulama mem­benar­kan kemungkinan para auliya bisa bertemu dengan para Nabi yang sudah wafat. Hal ini, antara lain terdapat dalam kitab Al-Hawi karangan Imam Jalaluddin As-Sayuti. Dan kepercayaan tersebut juga dianut oleh sebagian umat Islam di Indonesia.
iii. Kepercayaan Darul Arqam bahwa Syekh Suhaimi me­ne­rima Aurad Muhammadiyah dari Rasulullah juga tidak dapat dianggap sesat karena Awrad Muham­madiyah tersebut tidak mengandungi muatan dan ketentuan hukum sehingga tidak dapat dikatakan ber­tentangan dengan ayat Al Quran: Alyauma akmaltu lakum dinakum waatmamtu alaikum ni’mati warodlitu lakumul Islama dina (al-Maidah: 3). Ajaran tersebut juga dianut oleh Imam Al Ghazali dan beberapa ulama lain, seperti disunatkannya membaca sepuluh bacaan yang dibaca tujuh kali (al-Asyratul Musabba’ah) yang dibaca sesudah shalat shubuh sebelum terbit matahari. Awrad tersebut berasal dari Syekh Ibrahim at-Taimi, dan beliau memperolehi dari Nabi Khidlir dan Nabi Khidlir sendiri memperolehi dari Rasulullah. Hal ini terdapat dalam kitab Ihya’ Ulumiddin dan Nihayatuz Zain dan semua kitab tasawuf.
iv. Syahadat Darul Arqam tidak bertentangan dengan aqidah Islam sebab syahadat Darul Arqam sama dengan syahadat yang diucapkan umat Islam yang lain. Hanya di dalam wirid Muhammadiyah, sesudah membaca dua kalimah syahadat Darul Arqam menye­but Khulafaur Rasyidin dan al-Mahdi dalam rangka zikrussalihin.
v. Mengenai tawassul, istighasah dan berzanji yang diamalkan Darul Arqam hal itu merupakan amalan yang biasa dilakukan oleh sebagian besar umat Islam di Indonesia.
Berdasarkan pendapat tersebut di atas, maka Pengurus Besar Syuriyah Nahdlatul Ulama sepakat mengambil kepu­tusan sebagai berikut:

1. Sampai saat ini Pengurus Besar Nahdlatul Ulama tidak melihat adanya hal-hal yang dianggap sesat dari aqi­dah Darul Arqam sebagaimana yang diputuskan oleh Majelis Ulama Indonesia Pusat dalam pertemuan ‘Silaturrahmi Nasional’ di Pekanbaru, Riau, tangga 16 Juli 1994.

2. Meminta kepada pemerintah agar tidak melakukan pelarangan terhadap Darul Arqam dengan alasan dan pertimbangan aqidah.

3. Mengimbau kepada semua pihak agar mengem­bangkan sikap terbuka, memperkuat ukhwah Islami­yah, toleran dan berpikiran jernih serta berlaku arif dalam menghadapi dan menangani setiap masalah keagamaan.

Jakarta, 6 Rabiul Awal 1415H
bersamaan 12 Agustus 1994.


Gambar salinan asal Surat dari Pengurus Besar Nahdatul Ulama Mengenai Keputusan Syura NU Tentang Aqidah Darul Arqam
B.

Kenyataan Ulama-Ulama Yang Menyokong Buku ‘Aurad Muhammadiah Pegangan Darul Arqam’ (Ampda) Tidak Sesat

1. Datuk Syeikh Othman Haji Ibrahim
“AMPDA tidak sesat, hanya mengandungi fakta-fakta dan kalimah yang mengelirukan. Namun istilah ‘keliru’ tidak se­mes­tinya membawa kepada kesesatan.” (Mingguan Islam, 28 Oktoboer 1988)

2. Tuan Haji Mat Yahya Hussin (Mufti Perlis)
“Buku AMPDA itu tidak mengandungi ajaran sesat dan hanya terdapat beberapa kekeliruan sahaja.” (Mingguan Islam, 28 Oktober 1988)

3. Tuan Haji Abdullah Long (guru agama terkenal dan pengamal tarekat Naksyabandiah di Muazam Shah)
“AMPDA tidak mengandungi perkara yang bercanggah dengan syariat apalagi bertentangan dengan aqidah yang benar.” (Mingguan Islam , 7 November 1988)
4. Tuan Guru Haji Ismail bin Awang (Kampung Bukit Payong, Kuala Terengganu)
“Pihak Jabatan Agama menghukum sesat terhadap buku AMPDA dan terhadap Darul Arqam itu adalah rumusan satu-satu pihak sahaja. Seeloknya sebelum keputusan dibuat, pihak berkenaan hendaklah mengadakan perbincangan di antara ulama-ulama dan mereka yang pakar dalam bidang yang dipertikaikan. Jangan dihebohkan isu itu dalam akhbar. Selain itu beri peluang kepada penyusun itu (Abuya Ashaari Muham­mad) memberi penjelasan terhadap perkara-perkara yang tidak jelas itu.” (Mingguan Islam, 7 Oktober 1988)

5. Tuan Guru Haji Abdul Aziz Jamil, 73 tahun (Tuan Guru Tambun, Ipoh, Perak)
“Tindakan mengharamkan buku tersebut ada hubungan dengan gerakan musuh peringkat antara bangsa. Memang telah menjadi niat musuh-musuh Islam untuk menghancurkan badan-badan Islam dengan memperalatkan umat Islam sendiri.” (Mingguan Islam, 21 Oktober 1988)

6. Ustaz Haji Muhammad Taha Suhaimi, Presiden Per­satuan Islam dan Pencak Silat Singapura
“Aurad Muhammadiah telah difatwakan menyalahi aqidah oleh Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia berdasarkan kepu­tusan yang diambil pada 5 Ogos lalu (1986 – penerbit), tetapi tidak demikian di Singapura. Perlu dijelaskan bahawa ulama muktabar di kalangan Ahlussunnah wal Jamaah, telah sekata bahawa masalah agama yang tidak disokong oleh nas atau dalil-dalil qat’ie boleh dipertikai oleh ulama, sama ada ia me­libat aqidah atau syariah. Tegasnya, masalah agama yang boleh dibahas hanya terbatas pada masalah far’iyah (cawang­an) bukan asasiyah (pokok).
“Berdasarkan rumusan itu, nyatalah bahawa Aurad Muham­madiah bukan masalah aqidah asasiyah kerana ia tidak boleh men­jadikan seorang mukmin itu sesat imannya, kafir atau terkeluar dari Islam. Dengan kata lain masalah Aurad Muhammadiah adalah masalah khilafiah kerana adanya fatwa yang berbeza di kalangan ulama.”