7. KESIMPULAN

Sejarah telah memaparkan ketika Rasulullah datang ke Madinah, orang Madinah jadi lebih beruntung daripada sebelum kedatangan baginda. Begitu juga bilamana Rasu­lullah dapat kembali ke Mekah, keadaan Mekah jadi jauh lebih baik dari sebelumnya. Musuh Islam sebaliknya telah me­mutarbelitkan sejarah konon Rasulullah pengganas pe­rang. Insya-Allah di Malaysia, Allah, Rasul dan Imam Mahdi akan selesaikan semua masalahnya secara kasih sayang me­lalui wakil mereka, Putera Bani Tamim. Malaysia akan betul-betul jadi negara aman, makmur dan mendapat keampunan Allah.

Malaysia dilanda arus kebangkitan Islam yang cukup me­nonjol dibanding dengan negara Islam lain. Rakyat Malaysia di semua peringkat sedang mengalami perubahan diri ke arah Islam. Walhal sebelumnya mereka jauh dari agama. Allah SWT mentakdirkan, Abuya Ashaari Muhammad mendapat pengi­kut yang ramai. Perjuangannya jadi begitu berpengaruh. Ertinya kebangkitan itu menghala kepada Abuya. Hingga hari ini pengikutnya begitu komited, ramai dan jemaahnya terus wujud walaupun terdapat berbagai-bagai halangan.

Kebangkitan Islam yang berlaku di Malaysia, inilah dia kebangkitan yang Allah janjikan di akhir zaman. Akhir zaman yang dimaksudkan Allah dan Rasul itu rupanya sedang berlaku di waktu ini. Malaysia terpilih menjadi tapaknya. Dua tokoh yang disiapkan Tuhan untuk menerajui kebangkitan itu ialah Putera Bani Tamim dan Imam Mahdi. Rasulullah sebagai Nabi akhir zaman; oleh kerana sudah wafat; rohnya hi­dup dan aktif bertindak sebagai master mind. Sementelahan Hadis-Hadis baginda tentang akhir zaman memang banyak dan menjadi panduan kepada umat untuk berjuang mena­gihnya bersama baginda.

Sepanjang zaman, generasi demi generasi telah mencuba agar setiap apa yang Rasul janjikan untuk akhir zaman itu berlaku kepada mereka. Namun hingga sekarang ia belum jadi kenyataan. Walau bagaimanapun, tanda-tanda berlaku­nya janji tersebut di zaman ini nampaknya semakin terserlah. Maka bagi Abuya, ini adalah peluang yang Allah rezekikan kepada orang Islam Malaysia, yakni orang Melayu, untuk menagih janji Tuhan itu. Bagi orang bukan Islam, mereka tidak perlu takut dan bimbang bahkan sebenarnya mereka nanti akan turut gembira dan menerimanya dengan senang hati kerana kebangkitan itu membawa kepada keamanan, kedamaian dan kemakmuran. Mereka juga turut terbela dan selamat berada di bawah naungannya.

Menurut Abuya, kalau kebangkitan pertama dijayakan oleh Rasulullah bersama Sahabat, maka kebangkitan kedua di akhir zaman, Rasulullah gunakan ikhwan dengan melantik Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin-pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang.

Apa yang sedang terjadi di Malaysia oleh jemaah Arqam dan kini Rufaqa’ ialah jadual Allah untuk akhir zaman. Ia me­rupakan berita gembira untuk umat Islam dan juga bukan Islam. Kegemilangan Islam yang akan berlaku ini membawa keamanan, kedamaian dan kemakmuran kepada seluruh dunia. Bukan sahaja umat Islam bertuah dengan kedatangan­nya bahkan orang bukan Islam pun dapat menerimanya kerana fitrah manusia suka kepada kebaikan, kasih sayang, ke­amanan dan keharmonian.

Pemimpin sebenar kepada kebangkitan itu ialah Imam Mahdi yang aktif berperanan di belakang tabir dan akan Allah zahirkan semula ke dunia sepertimana Nabi Isa a.s. Imam Mahdi melantik pemimpin Arqam atau Rufaqa’ iaitu Abuya Ashaari Muhammad sebagai wazir kanan kepada Imam Mahdi yang membuat tapak perjuangan Imam Mahdi. Ertinya Abuya Ashaari Muhammad adalah Putera Bani Tamim.
Per­juangan mereka akan mendapat sebuah negara Islam iaitu Malaysia secara aman, damai dan harmoni. Abuya Ashaari sedang berusaha menagih janji Tuhan agar jadual kebangkitan yang Allah dan Rasul sebutkan di dalam Hadis-Hadisnya benar-benar akan berlaku tidak lama lagi!