4. TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PUTERA BANI TAMIM

Apakah tugas dan tanggungjawabPutera Bani Tamim?

Kalau hendak dijadikan contoh atau bandingan, tugas Putera Bani Tamim adalah seperti tug boat. Ia adalah sebuah kapal kecil yang mempunyai horse power yang besar. Bila ada kapal besar hendak keluar dari dermaga, tug boat bekerja untuk me­narik­nya keluar sehinggalah kapal besar itu dapat belayar di lautan.

Imam Mahdi adalah ibarat kapal besar yang akan men­jelajah dunia. Putera Bani Tamimlah yang akan mengeluarkan Imam Mahdi untuk berperanan di dunia. Ertinya Putera Bani Tamim mesti menyelesaikan tanggungjawabnya agar Imam Mahdi zahir. Sedangkan dunia sedang menunggu kezahiran Imam Mahdi untuk mengembalikan keadilan dan keamanan ke atas buminya. Di sini kita dapat fahami Putera Bani Tamim mempunyai tanggungjawab yang amat besar.

Perjuangan Putera Bani Tamim ini jelas terkandung dalam Hadis Rasulullah SAW iaitu:

Abdullah bin Mas’ud r.a. meriwayatkan bahawa:

Maksudnya: dari Ibnu Mas‘ud r.a. katanya: “Ketika kami berada di sisi Rasulullah SAW, tiba-tiba datang sekumpulan anak muda dari kalangan Bani Hasyim (yang di antaranya adalah Hasan dan Husin r.a.). Apa­bila terpandang akan mereka, maka kedua mata Rasu­lullah SAW berlinang air mata dan wajah baginda ber­ubah. Aku pun bertanya, “Mengapa kami melihat pada wajahmu sesuatu yang tidak kami sukai?”

Baginda menjawab, “Kami Ahlul Bait telah Allah pilih untuk kami Akhirat lebih dari dunia. Kaum kerabatku akan menerima bencana dan penyingkiran selepasku kelak sehinggalah datang suatu kaum dari sebelah Timur dengan membawa bersama-sama mereka panji-panji berwarna hitam. Mereka meminta kebaikan tetapi tidak diberikannya. Maka mereka pun berjuang dan beroleh kejayaan lalu diberikanlah apa yang mereka minta itu tetapi mereka tidak menerima sehinggalah mereka menyerahkannya kepada seorang lelaki dari kaum kerabatku yang memenuhi bumi dengan keadilan sebagaimana ia dipenuhi dengan kedurjanaan. Siapa di antara kamu yang sempat menemuinya maka datangilah mereka walaupun merangkak di atas salji. Sesungguhnya dia adalah Al Mahdi.”
(Riwayat Ibnu Majah) (Lihat kitab Al Hawi lil Fatawa, m.s. 71-72)

Secara ringkasnya, perjuangan Putera Bani Tamim itu ialah:

1. Menyampaikan ilmu tajdid

Secara asas Hadis-Hadis Rasulullah tentang kebangkitan Islam akhir zaman memperkatakan tentang perjuangan di akhir zaman, kebangkitan toifah atau jemaah, kebangkitan sistem hidup Islam, tetapi BUKAN mengenai hukum-hakam syariat. Persoalan hukum-hakam syariat, umum mudah memahami­nya tetapi tidak ramai yang boleh memahami dan mencungkil maksud tersirat di sebalik Hadis-Hadis akhir zaman, sekalipun di kalangan ulama.

Hanya kepada para mujaddid di zaman itu, khususnya di sini, hanya kepada Putera Bani Tamim Tuhan anugerahkan ilmu rahsia akhir zaman. Tuhan berikan kepadanya ilmu ilham atau ilmu tajdid (minda) dari masa ke semasa. Putera Bani Tamim diberi faham bagaimana hendak membangunkan je­maah perjuangannya. Putera Bani Tamim dianugerahkan kaedah bagaimana mendidik manusia waktu itu untuk dibawa kepada Tuhan. Putera Bani Tamim mendapat kaedah bagai­mana melahirkan sistem hidup Islam untuk menggantikan seluruh sistem hidup yang sudah rosak di akhir zaman. Bah­kan kepadanya diberi khazanah ilmu ilham yang boleh men­jawab semua persoalan dan permasalahan masyarakat dunia waktu ini.

Hakikatnya ilmu tajdid ini adalah kepunyaan Imam Mahdi yang disalurkan kepada Putera Bani Tamim. Maka tugas wajib Putera Bani Tamim adalah untuk menyampaikan ilmu atau minda Imam Mahdi itu ke seluruh dunia. Minda ini adalah per­sediaan paling asas menanti kezahiran Imam Mahdi. Ke­rana itulah Putera Bani Tamim dan teamnya bertanggung­jawab menghantar minda Imam Mahdi ke seluruh pelosok dunia hingga ke akar umbi. Dengan minda Imam Mahdi itulah nanti manusia akhir zaman akan kembali mengenal Tuhan hing­ga akan terhasillah model sebuah masyarakat Islam yang mem­besarkan Tuhan di dalam seluruh aspek kehidupan mereka.

2. Melahirkan ikhwan

Sabda Rasulullah SAW:
Maksudnya: “Apabila azan sang muazzin, berserulah dia: Asyhadu al laa ilaaha illallah, (ketika itu) bergon­cang­lah Syurga. Sangatlah rindunya para bidadari dan ber­tam­­bah-tambah rindunya lagi mereka akan Rasu­lul­lah SAW. Begitu juga segala mahligai Syurga dan segala bilik pera­duannya (bergoncang-goncang kerana) amat rindu ke­pada Rasulullah SAW. Sedangkan di saat itu Rasulullah SAW pula tersangat rindu kepada suatu toifah dari ka­langan umatnya yang akan keluar pada akhir zaman nanti. Mereka itu berakhlak dengan akhlak nabi-nabi dan mengambil perjalanan yang ditempuh oleh para sid­diqin. Mereka ini adalah ghurabak (orang-orang asing) di kalangan umum mukminin.”

Rasulullah SAW bersabda lagi:

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW berkata, “Alang­kah rindunya aku kepada ikhwanku (saudara-saudaraku).”

Terkejut para Sahabat lalu berkata, “Wahai Rasu­lullah, bukankah kami ini ikhwanmu?”

Rasulullah berkata, “Tidak. Kamu adalah Sahabat-Sahabatku. Manakala ikhwanku itu ialah umat Islam akhir zaman, yang datang sesudahku, mereka sanggup ‘menjual’ keluarga dan harta untuk bertemu denganku, mereka tidak berjumpa denganku tapi beriman dengan­ku.”

Daripada kedua-dua Hadis itu Rasulullah SAW menya­takan bahawa para ikhwan ini lahir selepas baginda SAW wafat. Disebutkan juga golongan ikhwan ini adalah suatu toifah ertinya golongan kecil dari kalangan umat Islam yang sekian ramainya itu. Mereka ini muncul pada akhir zaman, bukan pada awalnya atau pada pertengahannya. Golongan ikhwan ini adalah golongan yang sangat dirindui oleh baginda SAW melebihi rindu baginda kepada yang lainnya. Ini adalah kerana para ikhwan amat mencintai dan beriman kepada Rasulullah walaupun mereka tidak pernah melihat Rasul bahkan mereka hidup di zaman yang jauh dari Rasul.

Ada dua sifat utama yang terdapat pada para ikhwan iaitu mempunyai akhlak seperti akhlak nabi-nabi dengan maksud akhlak para nabi terkumpul dan dapat dilihat secara realiti pada peribadi dan perjuangan mereka bukannya sekadar teori.

Yang keduanya disebut para ikhwan menempuh perjalanan para siddiqin. Oleh kerana para ikhwan berjuang di akhir zaman di kala dunia sudah terlalu rosak dan manusia sudah terlalu jauh dari Tuhan, mereka sangat membesarkan dan mem­promosi Tuhan serta mempertahankan Sunnah Rasu­lul­lah SAW. Lantaran itu mereka kelihatan janggal pada pan­dangan masyarakat umum bahkan apa yang mereka per­juangkan dianggap terlalu asing.

Golongan ikhwan yang dimaksudkan oleh baginda SAW ini adalah team kepimpinan Imam Mahdi, yang melalui merekalah agama Islam itu dinaikkan semula oleh Allah SWT ke tempat asalnya yang tinggi dan mulia, sama seperti Islam dinaikkan oleh Allah SWT pada permulaan dahulu melalui Rasul dan Sahabat-Sahabatnya. Para Sahabat r.a. adalah murid dan juga team kepimpinan Rasulullah SAW. Menjadi para Sahabat itu mahal kerana Sahabat hanya ada di zaman Rasulullah. Para Sahabatlah yang menyampaikan ajaran Rasulullah sehingga Islam sampai kepada kita pada hari ini.

Oleh kerana peranan para ikhwan di akhir zaman amatlah besar, tentulah mereka dipimpin oleh bukan calang-calang pemimpin. Pemimpin para ikhwan adalah mujaddid akhir zaman yakni Putera Bani Tamim, orang kanan kepada Imam Mahdi.

Tugas Putera Bani Tamim adalah merekrut dan menyiap­kan team ikhwan untuk diserahkan kepada Imam Mahdi. Mereka adalah ‘keluarga besar’ kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim adalah ‘ayah’ dan pemimpin para ikhwan, dan mereka pula adalah ‘anak-anak’ kepada Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamimlah yang mengajar, mendidik, me­nga­suh, membentuk, membina dan membangunkan golongan ikhwan ini sehingga keperibadian mereka adalah cermin keperibadian para Sahabat r.a. pada zaman dahulu. Mereka sangat membaiki diri, gigih berjuang dan berkorban, tanpa jemu menyebarkan minda Putera Bani Tamim yang hakikat­nya adalah ajaran Imam Mahdi.

Melahirkan ikhwan ini adalah satu tugas berat yang dipikul oleh Putera Bani Tamim yang tidak akan mampu dipikul oleh para ulama lain di waktu itu. Ini adalah kerana faktor Putera Bani Tamim telah dijanjikan oleh Allah dan Rasul untuk kebangkitan akhir zaman. Semua ikhwan itu bertaraf wali. Imam Mahdi sebagai ketua ikhwan dan Putera Bani Tamim sebagai orang kanannya. Mereka akan lahirkan 313 ikhwan di kalangan pemimpin manakala jumlah ikhwan semuanya 500 orang. Enam orang wazir Imam Mahdi yang lain mem­bawa juga ikhwan tetapi dalam bilangan yang sedikit sekadar puluhan orang sahaja.

Begitu juga akan lahir di tangan Putera Bani Tamim ribuan asoib. Ada pendapat menyatakan jumlah asoib ialah 124 000 orang. Asoib terbahagi dua. Pertama, golongan ahli tarekat yang hak di seluruh dunia. Kedua, manusia awam yang sangat bersimpati dan menyokong perjuangan jemaah Putera Bani Tamim. Asoib ini adalah golongan orang soleh pilihan. Disebut orang soleh pilihan kerana mereka lahir di tangan Putera Bani Tamim dan wazir-wazir Imam Mahdi.

3. Membangunkan jemaah sebagai tapak daulah

Bilamana Putera Bani Tamim mempersiapkan para ikh­wan, maka gelanggang perjuangan untuk team ikhwan dan asoib ini juga dipersiapkan. Yakni sebuah jemaah yang di dalamnya mengandungi model hidup bertuhan. Model kehidupan Islam pada diri individu-individu ikhwan, keluarga mereka dan masyarakat yang cinta dan takutkan Tuhan. Masyarakat sudah letih mendengar orang bercakap dan bersyarah namun tiada role model untuk dicontohi. Maka Putera Bani Tamim bukan hanya mampu memperkatakan kebenaran, bahkan beliau berjaya menzahirkan kebenaran di dalam jemaahnya.

Di dalam jemaah Putera Bani Tamim wujud kedua-dua pembangunan insan dan material. Tamadun insaniah menjadi keutamaan bagi mereka sehingga terhasillah tamadun ma­terial yang indah, selamat dan menyelamatkan kehidupan ma­­nusia. Inilah faktor mengapa boleh terjadi keamanan, kemakmuran dan keampunan Allah di dalam jemaahnya.

Putera Bani Tamim diberi Tuhan pelbagai kaedah yang paling canggih di zamannya untuk mengajak manusia kepada Tuhan, kembali kepada ajaran Islam yang sebenar hingga manusia menjadi baik zahir dan batinnya. Lalu mereka benar-benar dapat menegakkan Sunnah Rasulullah atau hukum-hakam Allah dalam setiap aspek kehidupan. Yakni berjaya menzahirkan Islam itu dalam realiti kehidupan, bukan Islam yang terus tinggal dalam bentuk teori impian yang tidak praktikal.

4. Melahirkan sistem hidup Islam

Zahir dalam jemaah itu kebenaran yakni cara hidup Islam yang syumul, lengkap dan global. Terdapat sistem ekonomi Islam, sistem pendidikan Islam, sistem sosial Islam, sistem kesihatan Islam, sistem kebajikan Islam, sistem penerangan Islam, sistem motivasi dan perhubungan Islam, sistem per­tanian Islam dan lain-lain sistem hidup Islam yang indah, sela­mat dan menyelamatkan. Semua itu berlandaskan syariat Islam dan berteraskan iman.

Jemaah kebenaran tidak bersandar pada musuh dalam sebarang sistem hidup. Bahkan ia bukan sahaja mampu menaungi pengikutnya, tetapi mampu menjadi tempat ber­san­dar masyarakat umum sekalipun orang bukan Islam. Pernah dunia tunduk pada Islam yang ditaja oleh Rasulullah dan Khulafaur Rasyidin. Allah dan Rasulullah yang menguat­kannya sehingga terserlah kebesaran Islam sebagai cara hidup yang sebenar-benarnya.

Sistem hidup Islam dalam pelbagai aspek yang diterajui Putera Bani Tamim mampu menjadi alternatif kepada sistem hidup dunia yang sangat rosak dan merosakkan di waktu itu. Sistem yang dibawa olehnya menongkah arus perdana zaman itu, sangat berlawanan dengan nafsu jahat manusia akhir zaman yang terlalu cintakan dunia dan melupakan Akhirat. Tetapi dengan karamah Putera Bani Tamim, sungguh menge­jutkan kawan dan lawan, sistem Tuhan akhirnya menewaskan dan memenangi peperangan antara sistem yang hak dan sistem yang batil.

5. Membangunkan daulah sebagai tapak kepada ummah

Perjuangan team Putera Bani Tamim akhirnya memperolehi kejayaan. Jemaahnya disempurnakan oleh Allah. Melihatkan role model yang dibawa oleh Putera Bani Tamim di dalam jemaahnya, masyarakat di semua golongan dalam negaranya waktu itu meminta kepimpinan Putera Bani Tamim untuk menyelamatkan keadaan negaranya yang sedang menuju kepada kehancuran dan kemusnahan.

Lalu berlakulah janji Tuhan. Tuhan menghadiahkan sebuah daulah kepada Putera Bani Tamim. Keadaan ini amat meng­gemparkan seluruh dunia terutama Yahudi dan Barat kerana ternyata usaha-usaha mereka selama ini untuk menyekat kebangkitan semula Islam di dunia ini telah gagal. Islam yang dibendung-bendung dengan pelbagai cara dan sekatan itu tetap bangkit juga. Pada waktu ini, perdagangan, pereko­nomian, pendidikan, politik serta pemikiran Yahudi dan Barat yang menjadi pakaian manusia zaman ini jadi lumpuh.

Di waktu daulah ini Putera Bani Tamim melaksanakan pro­ses pemulihan dan permulaan daulah sebagai tapak kepada ummah. Tugas Putera Bani Tamim adalah membuang seluruh sistem hidup bikinan akal manusia dan musuh Islam yang telah rosak dan membersihkan saki-baki karatnya. Putera Bani Tamim bekerja keras membuang segala sistem yang kotor dan sangat merosakkan manusia sehingga hati-hati dan fikiran rakyatnya menjadi bersih sebersih-bersihnya dan di­gantikan dengan sistem Tuhan. Sepertimanalah Rasulullah berjaya mengubah Arab jahiliah yang zalim dan rosak menjadi satu bangsa yang sangat mulia dan agung.

Kemudian Putera Bani Tamim bersama teamnya ‘menye­diakan wadah hati’ yang telah dibersihkan tadi supaya ber­sedia menerima suatu hidayah baru yang selama ini tertutup rapat sejak kewafatan baginda Rasulullah SAW. Sungguh besar dan berat tugas Putera Bani Tamim yakni memper­siapkan iman yang tinggi, akhlak yang mulia, aqidah yang mantap dan tepat kepada Tuhannya serta kasih sayang yang subur di hati-hati manusia. Iman-iman yang berbunga, ibarat bunga-bunga berkembang mekar mewangi ke seluruh negara sehingga daulah Putera Bani Tamim menjadi contoh ikutan, role model kepada negara-negara di Timur. Kepimpinan Putera Bani Tamim dikagumi dunia dan manusia berbondong-bondong datang untuk melihat keadilan dan kemakmuran sebuah daulah Islamiah.

6. Berbaiah dan berkursus dengan Putera Bani Tamim

Sepertimana yang dijanjikan oleh baginda Rasulullah SAW, kemunculan Putera Bani Tamim adalah menandakan akan segera pula munculnya Imam Mahdi. Ertinya Imam Mahdi tidak akan muncul sendirian melainkan didahului oleh ke­munculan mujaddid kembarnya, Putera Bani Tamim.

Apabila Putera Bani Tamim mendapat daulah di Timur, maka dia sudah ada wibawa kerana dunia sudah mengenali­nya. Bahkan negara-negara Asia akan berbaiah dan bergabung dengan daulah Islamiah Putera Bani Tamim. Putera Bani Tamim yang sebelum ini juga sudah sekian lama meng­he­bahkan kezahiran Imam Mahdi, memesatkan lagi aktiviti mempromosikan Imam Mahdi. Di sini kita faham bahawa kezahiran Imam Mahdi mesti didahululi oleh Putera Bani Tamim. Jika tidak, dia adalah Imam Mahdi palsu.

Di waktu itu juga ramai yang sudah mengsyaki Imam Mahdi telah zahir tetapi tidak mengisytiharkan dirinya. Lantas mereka ke Mekah untuk berbaiah dengan Imam Mahdi. Tetapi Imam Mahdi akan berkata kepada mereka, “Tidak boleh ber­baiah terus dengan Imam Mahdi, tapi mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim.”

Mengapa syarat untuk berbaiah dengan Imam Mahdi adalah mesti berbaiah dulu dengan Putera Bani Tamim?

Ini kerana minda untuk akhir zaman hanya dari satu sum­ber iaitu dari Putera Bani Tamim. Minda Putera Bani Tamim hakikatnya adalah minda Imam Mahdi. Tugas menyelaraskan minda Imam Mahdi sebelum kezahirannya dipikul oleh Putera Bani Tamim. Jadi maksud baiah kepada Putera Bani Tamim adalah untuk mendapatkan kursus-kursus dari Putera Bani Tamim supaya minda jadi selaras, sebagai persiapan dan kesempurnaan menanti kezahiran Imam Mahdi.

Golongan yang cepat mengesan kezahiran Imam Mahdi adalah golongan ahli-ahli tarekat, ulama-ulama yang hak, guru-guru yang bertaqwa khususnya golongan wazir-wazir bersama pengikut-pengikut dan para simpati. Semuanya mesti berbaiah dan berkursus dengan Putera Bani Tamim supaya fikiran dan pandangan dapat diselaraskan. Setelah selesai ber­laku keselarasan, barulah Imam Mahdi akan mengisyti­har­kan dirinya, “Saya adalah khalifah Allah.” Beliau meng­isyti­harkan dirinya ketika minda (ilmu tajdid) sudah selesai, daulah sudah berlaku dan Asia sudah bersatu.

Di waktu inilah nanti Imam Mahdi akan mengisytiharkan bahawa orang yang mendapat daulah di Timur adalah Putera Bani Tamim. Dan Putera Bani Tamim pula akan meng­isyti­harkan Imam Mahdi. Pada masa itu manusia tidak akan mentertawakan lagi Putera Bani Tamim kerana Asia sudah bersatu, pengikut sudah ramai dan kepimpinan Putera Bani Tamim sudah terbukti.

Setelah berjuang beberapa tahun, di waktu Subuh di se­buah masjid di Damsyik, sewaktu Imam Mahdi hendak meng­imami solat, Nabi Isa turun. Imam Mahdi meminta Nabi Isa menjadi imam tetapi Nabi Isa menolak. Baginda meminta Imam Mahdi meneruskan sahaja menjadi imam. Di waktu itu Imam Mahdi sudah diterima di seluruh dunia dan beliau mengisytiharkan Nabi Isa.

Ertinya kaedah kezahiran tiga pemimpin kebenaran untuk kebangkitan Islam akhir zaman adalah Putera Bani Tamim akan menunjukkan Imam Mahdi dan Imam Mahdi pula akan menunjukkan Nabi Isa. Lantas berlakulah kebangkitan Islam bertaraf ummah kali kedua seperti yang dijadualkan Tuhan untuk akhir zaman.